Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Taring Liverpool Semakin Tumpul?

Prestasi juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Liverpool semakin goyah. 

Ini selepas skuad The Reds catat kekalahan ke-10 dalam saingan liga musim ini apabila tewas 1-2 kepada tuan rumah, Brighton. 

Liverpool cuba menyamakan kedudukan pada minit ke-30, namun pemain Brighton, Danny Welbeck menjaringkan gol kemenangan pasukan tuan rumah pada minit ke-56. 

Aksi lain berkesudahan, 

Chelsea dimalukan 0-3 oleh tuan rumah, Everton,  

Fulham manfaat kelebihan beraksi di laman sendiri apabila belasah Burnley 3-1, 

Dan Leeds terikat tanpa jaringan dengan Brentford. 

..... 

Bayern Munich menewaskan Union Berlin 4-0 sekali gus mengukuhkan lagi momentum dalam perebutan kejuaraan Bundesliga menjelang baki saingan musim ini. 

Pemain England, Harry Kane menjaringkan satu gol pada minit ke-49 perlawanan sekali gus mencatatkan gol ke-31nya untuk musim ini dalam Bundesliga. 

Kemenangan besar itu menyaksikan Bayern berada di puncak liga dengan kelebihan 9 mata ke atas pencabar terdekat, Borussia Dortmund.  

..... 

Dan pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi raih pingat perak dalam acara 100 meter pada sebuah kejohanan di Atlanta, Amerika Syarikat. 

ERA Muzik Hit Terkini