
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa akan perkenalkan semula ujian jantina bagi menentukan kelayakan atlet.
Ketetapan itu sekali gus menutup penyertaan atlet transgender wanita pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
Selain itu, dasar berkenaan turut mengecualikan sebahagian atlet yang mempunyai perbezaan perkembangan seksual.
Tegasnya, langkah itu bertujuan memastikan keadilan, kesaksamaan dan keselamatan dalam arena pertandingan.
__
Germany kehilangan khidmat penjaga gol, Jonas Urbig pada aksi persahabatan berdepan Switzerland, awal pagi esok.
Ketua jurulatihnya berkata Urbig direhatkan susulan alami kecederaan semalam dan dijangka turut terlepas aksi berdepan Ghana, Selasa depan.
__
Dan, keputusan berhubung isu pemain tidak disenaraikan pada aksi pertembungan Liga Super antara Penang dan Kuching City, 15 Mac lalu akan diketahui minggu depan.
Dalam aksi berkenaan, Kuching City menurunkan Scott Woods sebagai pemain gantian yang menyaksikan skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu tewaskan Penang 1-0.
Susulan itu, Penang menghantar aduan rasmi kepada MFL selepas viral dalam kalangan penyokong di media sosial berhubung penggunaan pemain tidak sah pada perlawanan itu.