Harimau Malaya miliki dua misi berbeza berdepan Vietnam pada aksi terakhir Kumpulan Kelayakan Piala Asia 2027, esok.
Ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski berkata anak buahnya kini tekad menamatkan kemarau kemenangan ke atas skuad Naga Emas sejak kali terakhir pada 2014.
Selain itu, skuad negara turut fokus untuk mendapatkan mata bagi perbaiki kedudukan dalam ranking dunia selepas jatuh 14 anak tangga ke-135.
__
Sementara itu, Dion Cools tuntut rakan sepasukan pamer aksi terbaik pada aksi terakhir Kumpulan Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Vietnam, esok.
Kapten Harimau Malaya itu berkata aksi berkenaan dilihat peluang terbaik untuk menutup kempen dengan kemenangan, sekali gus menghadiahkan sesuatu yang bermakna buat semua penyokong.
Untuk rekod, Malaysia gagal layak ke Piala Asia 2027 selepas AFC membatalkan dua kemenangan Harimau Malaya sebelum ini kerana menurunkan pemain yang tidak layak.
__
Dan, Cristiano Ronaldo kembali jalani latihan bersama Al-Nassr selepas berehat panjang kerana alami kecederaan hamstring.
Kemunculan bintang bola sepak dunia itu menimbulkan kebimbangan terhadap penampilannya pada saingan Piala Dunia.