Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Harimau Malaya tekad bangkit berdepan Vietnam!

Malaysia tekad bangkit berdepan Vietnam pada aksi terakhir Kumpulan Kelayakan Piala Asia 2027, malam ini. 

 

Ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski berkata skuad Harimau Malaya meletakkan sasaran tinggi dalam misi menebus kekecewaan gagal layak ke pusingan akhir. 

 

Terdahulu, Malaysia kehilangan enam mata selepas AFC membatalkan dua kemenangan Harimau Malaya susulan menurunkan pemain tidak layak. 

__ 

 

Sementara itu, Syahmi Safari tegaskan pertembungan Malaysia-Vietnam pada aksi terakhir Kumpulan Kelayakan Piala Asia 2027, malam ini amat penting. 

 

Pemain pertahanan Harimau Malaya itu berkata keputusan yang bakal diraih juga akan beri kesan kepada mata ranking skuad kebangsaan. 

 

Untuk rekod, Malaysia jatuh 14 anak tangga untuk duduki kedudukan ke-135 dalam ranking FIFA. 

 

Saksikan Vietnam lawan Malaysia secara langsung jam 7 malam ini di Astro Arena, saluran 801 dan aplikasi Sooka! 

__ 

 

Dan, Ghana pecat ketua jurulatih Otto Addo dengan hanya berbaki 72 hari sebelum Piala Dunia 2026 membuka tirai. 

 

Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas kekalahan 1-2 kepada Jerman pada aksi persahabatan sebagai persiapan menghadapi kejohanan di Amerika Utara musim panas ini. 

ERA Muzik Hit Terkini