Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Bayar pampasan hingga RM500,000 jika tinggalkan BAM

 

BAM pertimbang cadangan mengenakan bayaran pampasan terhadap mana-mana pemain yang masih mempunyai kontrak tetapi mahu meninggalkan badan induk itu. 

 

Presidennya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat Ahli Majlis yang dijadual berlangsung Mei depan. 

 

Berdasarkan peruntukan semasa, jumlah pampasan yang perlu dibayar dianggarkan antara RM300,000 hingga RM500,000 bergantung kepada kedudukan ranking dunia pemain. 

 

Pemain yang enggan bayar pampasan juga boleh dikenakan sekatan pendaftaran kejohanan antarabangsa sehingga dua tahun.  

__ 

 

Sementara itu, Lee Zii Jia tidak dapat menghadirkan diri ke Akademi Badminton Malaysia untuk persiapan Piala Thomas hari ini ekoran kecederaan. 

 

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM bagaimanapun memaklumkan ia adalah kecederaan ringan dan tidak membimbangkan. 

__

 

Dan, kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA jatuh lagi susulan kekalahan 1-3 kepada Vietnam pada aksi terakhir Kumpulan Kelayakan Piala Asia 2027, semalam. 

 

Berdasarkan kemas kini terbaharu, Harimau Malaya kini menghuni tangga ke-138 dunia jatuh 17 anak tangga berbanding kedudukan ke-121, Januari lalu.  

 

Kejatuhan ranking secara mendadak itu turut dipengaruhi oleh keputusan AFC yang membatalkan dua kemenangan Harimau Malaya sebelum ini kerana menurunkan pemain yang tidak layak. 

ERA Muzik Hit Terkini