Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

Buat Kejutan Untuk Peminat, Luqman Podolski Buka Rahsia Album Mini Hitam Putih

“HITAM PUTIH” merupakan album debut Luqman yang memuatkan 4 buah lagu
Hanim
19 Oct 2020, 08:30 AM

7 Oktober lalu,  penyanyi rap yang mesra disapa sebagai Luqman ini muncul dengan single keduanya berjudul ‘Kembar’.

luqman podolski kembali dengan lagu baru, kembar

Belum puas peminat membahas ironi di sebalik judul karya-karya terbitannya, kini Luqman bakal muncul pula dengan album mini yang diberi judul “HITAM PUTIH”.

buat kejutan untuk peminat, luqman podolski buka rahsia album mini hitam putih

“HITAM PUTIH” merupakan album debut Luqman yang memuatkan 4 buah lagu; ‘Kalau Kau Rindu’, ‘Jap Itu Jap Ini’, ‘Cahaya’ termasuk single ‘Kembar’. Album ini mendapat sentuhan komposer dan penerbit Mingaling daripada kumpulan Hip-Hop tempatan MassMusic sebagai penerbit rakaman lagu ini.

Sebagai ‘teaser’ untuk mengacah peminatnya mengenai kemunculan karya baharunya yang akan datang, Luqman telah memperdengarkan sedutan lagu ‘Kalau Kau Rindu’ yang dipetik daripada album mini “HITAM PUTIH” ini di penghujung video muzik rasmi ‘Kembar’ yang dimuatnaik di saluran YouTube Black Hat Cat Records pada 7 Oktober lalu.

Menyifatkan album ini sebagai hadiah istimewa buat peminat yang tidak putus menyokong kerjayanya selama ini.

“HITAM PUTIH adalah kejutan khas saya buat peminat. Setelah muncul dengan ‘Sorang’ pada tahun lepas, mereka tidak sabar menantikan karya terbaharu saya. Kali ini saya bukan sahaja terbitkan satu single, malah saya terbitkan satu album untuk mereka.

“Walaupun album ini hanya mengandungi 4 buah lagu, tetapi penerbitan album mini seumpamanya adalah suatu langkah berani di era muzik zaman ini yang lebih mengutamakan penerbitan lagu secara single.

“Mungkin sebelum ini ramai yang memandang karya rap saya hanya sebagai material lawak. HITAM PUTIH cuba membuktikan bahawa saya serius berkarya dan ingin pergi lebih jauh dalam arena muzik, bukan sahaja sebagai penghibur tetapi juga sebagai pencipta lirik.

“Saya berharap lagu-lagu dalam album ini mendapat sambutan positif pendengar dan dapat memeriahkan lagi industri seni tempatan terutamanya arena Hip Hop.”

Video muzik rasmi ‘KALAU KAU RINDU’ adalah sambungan dari penceritaan yang telah dipaparkan di dalam video muzik ‘Kembar’. Video muzik rasmi ini boleh ditonton di saluran Youtube Black Hat Cat Records bermula 15 OKTOBER 2020.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}