Skip to main content

Advertisement

SUKAN| 4 tahun di Amerika Syarikat, kenangan tidak dapat dilupakan - Azeem

Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi menyifatkan perjalanan empat tahun di Amerika Syarikat sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan. 

 

Pemegang rekod kebangsaan 100 meter itu berkata walaupun gagal pertahankan gelaran pada Kejohanan NCAA, Jumaat lalu, namun pengalamannya di sana lebih berharga kerana ia membentuk dirinya dalam dan luar trek. 

 

Terdahulu, Azeem mencuri tumpuan apabila bantu pasukan melakar rekod baharu NCAA dalam acara 4x100meter pada separuh akhir dalam kejohanan sama. 

__ 

 

Skuad hoki lelaki negara bawa misi wajib menang menjelang aksi ketiga Kumpulan A Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa berdepan New Zealand, esok. 

 

Ketua jurulatihnya berkata ia bagi menebus kekecewaan apabila tewas 1-4 kepada Jepun pada aksi kedua, selain menghidupkan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya. 

 

Speedy Tigers kini menghuni tangga ketiga kumpulan dengan tiga mata hasil satu kemenangan dan satu kekalahan. 

__ 

 

Dan, Sweden memulakan kempen Festival Bola Sepak antarabangsa dengan kemenangan bergaya! 

 

Skuad bimbingan Graham Potter belasah Tunisia 5-1 pada aksi pembukaan Kumpulan F, pagi tadi. 

 

Kemenangan itu meletakkan Sweden di puncak kumpulan diikuti Jepun yang terikat 2-2 dengan Belanda dalam satu lagi aksi. 

 

Sementara itu, Ivory Coast tewaskan Ecuador 1-0 pada aksi Kumpulan E hasil jaringan Amad Diallo pada minit-minit terakhir perlawanan. 

ERA Muzik Hit Terkini