
Hasrat JDT untuk cipta sejarah sebagai kelab pertama Malaysia mara ke separuh akhir ACL Elite tidak kesampaian.
Ini selepas skuad Harimau Selatan tewas 1-2 kepada juara bertahan Al-Ahli pada aksi suku akhir, malam tadi.
Skuad kendalian Xisco Munoz berjaya cipta kejutan seawal minit ke-19 apabila mendahului perlawanan menerusi gol sendiri oleh pemain lawan, Ali Majrashi.
Majrashi kemudian dilayangkan kad merah susulan kekasaran yang dilakukan terhadap Jairo da Silva yang menyaksikan penyerang itu alami kecederaan kepala serius dan terpaksa dikeluarkan.
Al-Ahli akan bertemu kelab Jepun Vissel Kobe pada separuh akhir.
__
Dalam pada itu, Jairo da Silva terima 30 jahitan di bahagian bibirnya selepas mukanya ditendang secara tidak sengaja oleh pemain Al Ahli.
Penyerang Harimau Selatan itu kini berada dalam pemantauan rapi dan dilaporkan stabil.
__
Dan, Coventry City sah kembali ke saingan EPL musim hadapan.
Ini selepas skuad kendalian Frank Lampard itu seri 1-1 dengan Blackburn pada aksi Liga Kejuaraan pagi tadi.
Berbaki tiga perlawanan, Coventry kini duduki tangga teratas liga sekali gus menantikan penantian selama 25 tahun untuk kembali ke saingan EPL.