SUKAN| Aston Villa Mara Ke Final Liga Europa!

SUKAN| Aston Villa Mara Ke Final Liga Europa!
Aston Villa mara ke final Liga Europa.
Skuad kendalian Unai Emery itu tempah slot ke final dengan agregat 4-1 selepas benam Nottingham Forest 4-0 pada aksi timbal balik separuh akhir, pagi tadi.
Pada aksi final nanti, Aston Villa akan berdepan Freiburg yang menang 4-3 secara agregat ke atas Braga.
Ini merupakan penampilan pertama Villa pada pentas akhir kejohanan Eropah dalam tempoh 44 tahun.