Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Bahrain Tetapkan Harga Tiket F1 GP Bahrain Di Sepang

 

SUKAN| Bahrain Tetapkan Harga Tiket F1 GP Bahrain Di Sepang

Segala urusan penetapan harga dan jualan tiket bagi GP Bahrain yang bakal berlangsung di Sepang adalah di bawah kuasa penuh kerajaan Bahrain. 

CEO Litar Antarabangsa Sepang berkata pihaknya masih dalam fasa perbincangan dan akan cuba yang terbaik untuk dapatkan harga istimewa, mungkin untuk pemilik MyKad. 

Beliau memahami harapan peminat tempatan yang mahu menikmati harga tiket lebih mampu milik, namun keputusan muktamad tetap bergantung kepada penganjur dari Bahrain.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata kerajaan pertimbang untuk memperkenalkan tiket MADANI bagi perlumbaan F1 GP Bahrain, Oktober depan.

 

ERA Muzik Hit Terkini