Skip to main content

Advertisement

SUKAN| BAM nafi ketandusan pemain perseorangan berbakat

BAM nafi dakwaan badan induk itu ketandusan pemain perseorangan berbakat susulan prestasi hambar skuad lelaki negara pada Piala Thomas, minggu lalu.

 

Setiausaha Agungnya berkata BAM memiliki ramai pemain berpotensi dalam acara perseorangan, namun faktor kecederaan menjejaskan perkembangan mereka.

 

Ujar Datuk Kenny Goh, BAM sentiasa jalankan pemantauan berterusan bagi memastikan badan induk itu tidak ketandusan bakat baharu pada masa depan. 

__

 

Sementara itu, Lee Zii Jia sah tidak layak beraksi pada Kejohanan Badminton Dunia 2026 di India, Ogos depan.

 

Ia susulan kedudukan ranking dunia pada 27 April lalu yang menyaksikan Zii Jia berada di kedudukan ke-82  sekali gus terlepas slot ke kejohanan berprestij berkenaan.

__

 

Dan, penyerang muda Argentina, Gianluca Prestianni berisiko terlepas dua aksi awal Piala Dunia 2026. 

 

Ini selepas FIFA melanjutkan hukuman penggantungan ke atas pemain itu susulan insiden mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap bintang Real Madrid, Vinicius Junior.

ERA Muzik Hit Terkini