Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Bayern bangkit 3 kali singkir Real untuk mara ke separuh akhir!

Bayern Munich tempah tiket ke separuh akhir Liga Juara-Juara! 

 

Ini selepas skuad kendalian Vincent Kompany itu tundukkan Real Madrid 4-3 pada aksi timbal balik pagi tadi. 

 

Real memulakan perlawanan dengan garang apabila mendahului perlawanan tiga kali pada babak pertama. 

 

Empat minit sebelum perlawanan tamat, pemain tengah Real, iaitu Eduardo Camavinga diperintahkan keluar padang kerana dilayangkan kad kuning kedua. 

 

Bayern menggunakan kelebihan tersebut dengan Luis Diaz dan Micheal Olise masing-masing menjaringkan satu gol pada hujung perlawanan untuk memastikan Bayern mara dengan agregat 6-4. 

__ 

 

Mikel Arteta menegaskan kemaraan Arsenal ke separuh akhir Liga Juara-Juara membuktikan usaha pasukannya untuk menamatkan kemarau trofi selama enam tahun. 

 

Anak buahnya seri tanpa jaringan dengan Sporting Lisbon pada aksi timbal ballik suku akhir awal pagi tadi namun mara ke separuh akhir dengan agregat 1-0. 

 

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua berturut-turut The Gunners mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas disingkirkan PSG yang juga juara musim lalu. 

__ 

 

Dan, Hugo Ekitike sah terlepas saingan Piala Dunia susulan alami kecederaan serius ketika Liverpool tewas 0-2 kepada PSG pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara. 

 

Bintang The Reds itu dilapor alami kecederaan Achilles yang lazimnya memerlukan tempoh pemulihan panjang. 

ERA Muzik Hit Terkini