Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Datuk Abdul Latif Romly Syukur Hadiahkan Pingat Emas Ketiga Sukan Para Asia

 

SUKAN| Datuk Abdul Latif Romly Syukur Hadiahkan Pingat Emas Ketiga Sukan Para Asia 

Datuk Abdul Latif Romly bersyukur dapat hadiahkan pingat emas ketiga buat kontinjen negara pada Sukan Para Asia Aichi Nagoya 2026, semalam. 

Ia sekaligus menyaksikan jaguh olahraga para negara itu berjaya pertahankan pingat emas buat kali keempat berturut-turut pada temasya sukan tersebut. 

Terdahulu jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin raih pingat emas kedua selepas ungguli kategori 72 kilogram lelaki. 

Pingat emas pertama pula diraih menerusi pelumba berbasikal trek para, Zuhairie Ahmad Tarmizi yang memenangi acara 1000 meter ujian masa C4-C5 lelaki, Isnin lalu.

ERA Muzik Hit Terkini