FAM memandang serius insiden seorang pemain meninggal dunia dipercayai akibat disambar petir ketika aksi persahabatan di Melaka.
Setiausaha Agungya berkata pihaknya akan mendapatkan laporan penuh daripada Persatuan Bolasepak Melaka bagi meneliti kronologi kejadian dan tindakan yang telah diambil.
Tegasnya, insiden itu menjadi peringatan kepada komuniti bola sepak agar mengutamakan aspek keselamatan termasuk pertimbangkan penggunaan Sistem Pengesan Kilat.
Sistem itu mampu mengesan aktiviti kilat secara masa nyata dan beri amaran awal kepada pegawai pertandingan untuk membuat keputusan berkaitan keselamatan.