Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Hakim Danish Julang Nama Malaysia Di Itali

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli cipta sejarah di Itali.

Ini selepas anak kelahiran Terengganu itu menamatkan perlumbaan Moto3 GP Itali di tempat ketiga sekali gus meraih podium sulung dalam Kejuaraan Motosikal Dunia.

Kejayaan itu turut menamatkan penantian Malaysia untuk kembali berada di pentas podium Moto3 selepas kali terakhir dicapai oleh Khairul Idham Pawi pada GP Argentina 2016.

Untuk rekod, Hakim Danish membawa pulang 16 mata untuk mengekalkan kedudukan ke-11 dalam carta keseluruhan pelumba dengan kutipan 43 mata.

.....

Dalam perkembangan lain, pelumba motogp, Marco Bezzecchi raih kemenangan pertamanya di GP Itali sekali gus melebarkan kedudukan di puncak kejuaraan.

Rakan sepasukannya, Jorge Martin melengkapkan kedudukan di tempat kedua manakala Francesco Bagnaia menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

.....

Akhir sekali, Malaysia menamatkan cabaran acara 4x100 meter lelaki di tempat kelima pada Kejohanan Olahraga Asia Bawah 20 Tahun di Hong Kong.

Skuad negara yang dibarisi Muhammad Sayyid Amin, Danish Irfan Tamrin, Muhammad Umaira Subri dan Danish Iftikhar Muhammad Roslee mencatat masa 39.96 saat bagi aksi akhir.

ERA Muzik Hit Terkini