
SUKAN| Harimau Malaya Perlu Bangkit Selepas Seri 0-0 Dengan Indonesia
Tan Cheng Hoe optimis Harimau Malaya sudah cukup bersedia untuk berdepan Singapura pada aksi terakhir kumpulan Piala ASEAN anjuran badan bola sepak dunia, Khamis ini.
Pengendali interim itu berkata 2 perlawanan sebelum ini memberikan pemain pengalaman dan keyakinan termasuk ketika seri tanpa jaringan dengan tuan rumah, Indonesia malam tadi.
Jelas Cheng Hoe, pihaknya akan menilai kecergasan pemain terlebih dahulu sebelum menentukan kesebelasan terbaik dan sebarang perubahan yang perlu dilakukan untuk hadapi Singapura.
Malaysia kini kekal ungguli kumpulan A, berkongsi 4 mata dengan Indonesia di tempat kedua, namun Harimau Malaya mempunyai kelebihan jaringan.