
SUKAN| Harimau Malaya Tanpa Endrick dos Santos Untuk Berdepan Thailand
Malaysia sah kehilangan khidmat Endrick dos Santos menjelang aksi ketiga kumpulan Piala ASEAN berdepan Thailand, Sabtu ini.
Pengendali sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata pemain tengah itu terpaksa diketepikan ekoran kecederaan ligamen.
Bagaimanapun Cheng Hoe tetap lega selepas pemain lain berada dalam keadaan yang terbaik untuk memburu kemenangan ketiga berturut-turut pada kejohanan itu.