
SUKAN| Harimau Malaya Tidak Akan Mengalah
Skuad Harimau Malaya tidak akan mengalah walaupun menyedari bakal berdepan tugas sukar menentang Vietnam pada separuh akhir pertama Piala ASEAN, esok.
Pemain sayap kebangsaan, G. Pavithran berkata dia dan rakan sepasukan tekad beri komitmen penuh untuk cipta kejutan ke atas juara bertahan itu.
Pavithran muncul antara pemain yang menyerlah kali ini selepas jaringkan gol kemenangan Malaysia ketika kalahkan Filipina 1-0 pada aksi terakhir kumpulan minggu lalu.