Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Harry Kane menyamai rekod 10 gol Gary Lineker!

England memulakan kempen Festival Bola Sepak antarabangsa dengan kemenangan bergaya! 

 

Harry Kane cipta sensasi apabila jaringkan dua gol untuk bantu pasukan benam Croatia 4-2 pada aksi Kumpulan L, pagi tadi. 

 

Kane menyamai rekod 10 gol mewakili England pada festival bola sepak yang pernah dicatat Gary Lineker. 

 

SI, Jude Bellingham dan Marcus Rashford masing-masing jaringkan gol untuk melengkapkan kemenangan buat skuad The Three Lions. 

 

Kemenangan itu meletakkan skuad bimbingan Thomas Tuchel di puncak kumpulan yang turut dibarisi Ghana dan Panama yang sedang beraksi dalam satu lagi aksi. 

__ 

 

Aksi lain berkesudahan, Portugal sekadar seri 1-1 dengan Congo pada aksi Kumpulan K. 

 

Kapten Cristiano Ronaldo terlepas beberapa peluang untuk jaringkan gol sekali gus masih meneruskan misi menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam 6 edisi festival bola sepak. 

__ 

 
Dan, skuad hoki lelaki negara menamatkan saingan Kumpulan A Piala Negara-Negara pada tempat ketiga selepas tewaskan Korea Selatan 2-1. 

 

Speedy Tigers seterusnya dijadual bertemu Amerika Syarikat bagi aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan. 

 

Terdahulu, Malaysia membuka kempen dengan kemenangan 5-2 ke atas Scotland sebelum dibelasah 4-1 oleh Jepun dan 5-1 kepada New Zealand. 

 

ERA Muzik Hit Terkini