Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Hasrat Terengganu raih kemenangan pada aksi terakhir di laman sendiri tidak kesampaian

Hasrat Terengganu raih kemenangan pada aksi terakhir Liga Super di laman sendiri tidak kesampaian.

 

Ini selepas skuad Penyu tewas 1-3 kepada Imigresen, malam tadi.

 

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Imigresen berjaya rapatkan jurang dengan tuan rumah yang berada di tangga ke-5 liga kepada beza dua mata.

 

Dalam satu lagi aksi, PDRM seri 1-1 dengan Penang. 

__

 

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi sandaran negara untuk buru gelaran Masters Malaysia, bulan ini.

 

Ketua Jurulatih Beregu Campuran negara yakin juara dunia itu memiliki tempoh persiapan secukupnya susulan tidak sertai Piala Thomas dan Piala Uber minggu lalu, serta Terbuka Thailand minggu depan.

__

 

Dan, jaguh Muay Thai negara, Rifdean Masdor tewaskan petarung Laos pada aksi ONE Championship di Bangkok, Thailand.

 

Kemenangan itu menyaksikan Rifdean raih kemenangan keempat berturut-turut dalam siri ONE.

 

Satu lagi jaguh negara, Adam Rakib catat kemenangan ketiga berturut-turut apabila berjaya tundukkan atlet Perancis.

ERA Muzik Hit Terkini