Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Hatrik David bantu Kanada raih kemenangan!

Kanada belasah Qatar 6-0 pada aksi kedua Kumpulan B Festival Bola Sepak 2026, sebentar tadi.

 

Jonathan David cipta sensasi apabila jaringkan hatrik untuk bantu pasukan raih kemenangan pertama tuan rumah bersama itu.

 

Keputusan tersebut menyaksikan Kanada melonjak ke tangga teratas kumpulan mengatasi Switzerland menerusi perbezaan jaringan. 

 

Antara keputusan lain, Switzerland benam Bosnia-Herzegovina 4-1.

 

Manakala, Republik Czech seri 1-1dengan Afrika Selatan.

__

 

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski sah diumumkan sebagai jurulatih baru pasukan berpangkalan di England, Salford City.

 

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas FAM menamatkan perkhidmatan beberapa pegawai kanan Harimau Malaya, termasuk Cklamovski. 

__

 

Dan, Malaysia sudah pasti ada wakil ke separuh akhir saingan badminton Terbuka Macau!

 

Ini selepas beregu lelaki Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dijadual berdepan rakan senegara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong pada suku akhir hari ini.

 

Turut beraksi, empat lagi wakil termasuk beregu campuran, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing.

ERA Muzik Hit Terkini