Skip to main content

Advertisement

SUKAN| JDT samai rekod dunia! Belasah Kelantan TRW 14-1

JDT melakar sejarah baharu bola sepak negara!

 

Ia susulan kelab itu belasah Kelantan The Real Warriors 14-1 pada aksi terakhir Liga Super di laman sendiri, malam tadi.

 

Kemenangan bergaya itu bukan sahaja menjadi kemenangan terbesar dalam sejarah Liga Super, malah menyaksikan skuad Harimau Selatan catat rekod tanpa kalah sejak musim 2021.

 

Ia sekali gus menyamai rekod dunia yang pernah dilakar kelab Ivory Coast, ASEC Mimosas antara 1989 hingga 1994. 

__

 

Barcelona muncul juara La Liga buat musim kedua berturut-turut!

 

Ini selepas Barca tundukkan musuh tradisi, Real Madrid 2-0 pada aksi awal pagi tadi.

 

Marcus Rashford dan Ferran Torres jaringkan gol pada babak pertama untuk memastikan skuad kendalian Hansi Flick raih gelaran liga ke-29.

 

Kemenangan itu meletakkan Barca 14 mata di puncak liga dengan berbaki tiga perlawanan.

__

 

Dan, Arsenal hampiri misi menamatkan penantian 22 tahun untuk menjulang trofi EPL!

 

Ini selepas skuad kendalian Mikel Arteta itu tewaskan West Ham 1-0, awal pagi tadi sekali gus meletakkan The Gunners 5 mata di depan pencabar terdekat, Manchester City.

 

The Gunners hampir dikejutkan dengan gol pasukan tuan rumah namun jaringan itu dibatalkan selepas semakan VAR mendapati berlaku kekasaran terhadap penjaga gol Arsenal, David Raya.

 

Dalam aksi berkenaan, Leandro Trossard muncul wira apabila jaringkan gol kemenangan pada waktu kecederaan untuk bantu pasukan melebarkan jurang di puncak liga kepada lima mata.

 

Ia melengkapkan minggu menakjubkan buat Arsenal yang turut mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2006 selepas tundukkan Atletico Madrid, Rabu lalu.

ERA Muzik Hit Terkini