Skip to main content

Advertisement

SUKAN| KBS Teliti Kemungkinan Malaysia Tuan Rumah F1 Musim Ini

 

SUKAN| KBS Teliti Kemungkinan Malaysia Tuan Rumah F1 Musim Ini

Kementerian Belia dan Sukan sedang jalankan penelitian dan perbincangan berhubung kemungkinan Malaysia jadi tuan rumah perlumbaan F1 musim ini bagi menggantikan GP Bahrain. 

KBS sudah terima makluman awal mengenai cadangan berkenaan, namun sebarang keputusan hanya diumumkan selepas semua aspek berkaitan dimuktamadkan.

Terdahulu, Malaysia dilapor muncul antara pilihan untuk menggantikan GP Bahrain akibat ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat. 

Sekiranya menjadi kenyataan, ia akan menyaksikan F1 kembali ke Sepang selepas kali terakhir Malaysia jadi tuan rumah pada 2017.

ERA Muzik Hit Terkini