Datuk Seri Lee Chong Wei menyifatkan kejayaan pemain negara minggu lalu sebagai perkembangan membanggakan yang membuktikan badminton Malaysia berada di landasan tepat.
Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM itu berkata ini selepas Low Zi Yu-Genevie Lim berjaya muncul beregu wanita pertama negara yang menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia selepas penantian 34 tahun.
Dalam pada itu, beliau turut ucap tahniah kepada beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah susulan kejayaan menjuarai Terbuka Denmark semalam.