Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Kerajaan Selangor serah keputusan anjuran SUKMA kepada KBS, jawatankuasa tertinggi- MB

 

Keputusan berhubung penganjuran SUKMA 2026 yang dijadualkan Ogos depan di Selangor diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Jawatankuasa Tertinggi. 

 

Menteri Besar Selangor berkata, ia kerana sebarang keputusan berkaitan temasya sukan itu perlu dibuat pada peringkat pusat. 

 

Datuk Seri Amirudin Shari turut memaklumkan, pandangan semua pihak akan diambil kira sebelum sebarang pendirian dimuktamadkan. 

 

Terdahulu, Sultan Selangor menzahirkan pandangan supaya penganjuran SUKMA Selangor 2026 ditangguhkan sehingga krisis di Asia Barat selesai. 

__ 

 

Pertaruhan BAM terhadap gabungan pemain muda dan berpengalaman mampu beri impak positif sekiranya dimanfaatkan dengan cemerlang. 

 

Naib juara dua kali Piala Thomas, Roslin Hashim berpandangan kehadiran Lee Zii Jia sebagai tonggak bagi bantu perseorangan ketiga mampu mewujudkan keseimbangan antara pengalaman dan tenaga muda dalam pasukan.  

 

Sementara itu, Roslin melihat ketiadaan Pearly Tan dalam skuad Piala Uber sebagai satu cabaran. 

 

Namun tegasnya, ia membuka peluang besar kepada pemain muda untuk membuktikan kemampuan dan membina keyakinan di pentas antarabangsa. 

 

Piala Thomas dan Piala Uber dijadual berlangsung di Denmark bermula Jumaat ini. 

__ 

 

Dan, Wolves menjadi kelab pertama tersingkir daripada saingan EPL.  

 

Ini selepas West Ham seri tanpa jaringan dengan Crystal Palace pada aksi awal pagi tadi, yang menyaksikan Wolves kekal di kelompok tiga tercorot liga.  

 

Sebagai rekod, Wolves hanya catat tiga kemenangan musim ini. 

ERA Muzik Hit Terkini