
SUKAN| Liga Super 2026 Musim Terbaik JDT
Xisco Munoz sifatkan Liga Super 2026 sebagai musim terbaik JDT dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Pengendali skuad Harimau Selatan itu turut puji aksi luar biasa barisan pemainnya selepas berjaya tamatkan saingan liga musim ini tanpa sebarang kekalahan.
Tambah Munoz, konsistensi dipamerkan pemain sepanjang musim jadi faktor utama kejayaan JDT terus mendominasi bola sepak tempatan.
JDT menutup tirai liga dengan kemenangan besar 14-1 ke atas Kelantan The Real Warriors malam tadi sekali gus menyamai rekod dunia iaitu 108 perlawanan liga tanpa tewas.