
SUKAN| Malaysia Pantau Cuaca Di Jepun Menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026
Malaysia terus pantau perkembangan cuaca buruk dan banjir yang melanda beberapa kawasan di Jepun menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia berkata ia bagi memastikan keselamatan atlet serta pegawai negara terjamin.
Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dijadual berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober ini dengan sasaran pingat diletakkan iaitu 6 emas, 7 perak dan 20 gangsa.