
SUKAN| Malaysia Rangkul 2 Lagi Pingat Emas Pada Sukan Asia!
Kontinjen Malaysia terus menambah koleksi pingat pada Sukan Asia Aichi Nagoya 2026!
Atlet e-sukan, Taj Izrin Aiman Taj Madira menghadiahkan pingat emas kedua buat negara selepas muncul juara acara perlumbaan GT7.
Anak didik legenda permotoran negara, Alex Yoong itu sekaligus cipta sejarah raih pingat emas pertama Malaysia dalam sejarah e-sukan pada Sukan Asia.
Pingat emas ketiga negara pula dihadiahkan oleh ratu karate negara, C. Shahmalarani yang ungguli acara kumite wanita Bawah 50 kilogram.
Semalam, pingat emas pertama negara turut disumbangkan oleh kem karate menerusi Adeola Fay Robert yang memenangi acara Kumite Bawah 55 kilogram .
Sementara itu, trio karate negara rangkul pingat gangsa bagi acara kata berpasukan lelaki selepas tewaskan wakil Vietnam.
Mereka sekaligus tamatkan penantian 12 tahun Malaysia untuk meraih pingat bagi acara tersebut pada Sukan Asia.
Satu lagi pingat gangsa hari ini disumbangkan oleh atlet wushu, Clement Ting apabila tamatkan saingan Daoshu dan Gunshu lelaki di tempat ketiga.