Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Messi menyamai rekod Klose sebagai penjaring gol terbanyak dalam sejarah!

Lionel Messi cipta sensasi apabila jaringkan hatrik untuk bantu Argentina benam Algeria 3-0 pada aksi Kumpulan J Festival Bola Sepak antarabangsa, sebentar tadi. 

 

Messi menyamai rekod sepanjang zaman pada penampilan antarabangsa ke-200 bersama negaranya dengan 16 gol yang pernah dicatat bekas penyerang Jerman, Miroslav Klose.  

 

Sementara itu, kapten Perancis, Kylian Mbappe menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman negaranya dengan dua gol ketika tewaskan Senegal 3-1 pada aksi Kumpulan I, awal pagi tadi. 

 

Ia turut mengatasi rekod 57 gol yang dipegang oleh Olivier Giroud. 

 

Aksi lain berkesudahan, Erling Haaland jaringkan dua gol untuk bantu Norway benam Iraq 4-1. 

__ 

Bryan Goonting-Muhammad Haikal tersingkir seawal pusingan pertama saingan badminton Terbuka Macau. 

 

Beregu lelaki negara itu tewas straight set kepada gandingan Korea Selatan, sebentar tadi. 

 

Turut beraksi hari ini, 13 lagi wakil termasuk pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei. 

__ 

Dan, hasrat skuad hoki lelaki negara untuk mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa tidak kesampaian. 

 

Ini selepas Speedy Tigers tewas 5-1 kepada New Zealand pada aksi Kumpulan A. 

 

ERA Muzik Hit Terkini