
Isu disiplin perlu diberi perhatian serius jika skuad badminton negara mahu kembali bersaing di peringkat tertinggi.
Perkara itu dilaungkan Rexy Mainaky ketika mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei berhubung perkara itu baru-baru ini.
Ujar Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara itu, setakat ini tiada penguatkuasaan hukuman terlalu ketat seperti dilakukan dalam sukan bola sepak profesional di luar negara.
Bagaimanapun tegasnya, tindakan lebih tegas termasuk penyingkiran daripada skuad boleh diambil sekiranya pemain terus ulangi kesalahan sama walaupun sudah beberapa kali diberikan amaran.
__
Terengganu idam kemenangan pada aksi terakhir Liga Super di laman sendiri berdepan Imigresen, malam ini.
Ketua jurulatihnya, Tengku Hazman Raja Hassan berkata skuad Penyu mahu menghadiahkan kenangan berharga buat penyokong yang sentiasa hadir beri sokongan padu kepada pasukan.
Tegasnya lagi, skuad Penyu tidak boleh keciciran mata lagi dalam misi untuk mengekalkan kedudukan di tangga kelima liga.
Saksikan Terengganu lawan Imigresen secara langsung bermula 8:15 malam ini di Astro, saluran 146 dan aplikasi Sooka!
__
Dan, skuad takraw negara diingatkan lebih peka dan tidak ambil mudah dengan pasukan Thailand menjelang Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia yang akan membuka tirai, minggu depan.
Persekutuan Sepak Takraw Malaysia jangkakan musuh tradisi negara itu pasti akan bangkit untuk balas dendam sekali gus merampas kembali gelaran.
Untuk rekod, skuad negara tamatkan kemarau 34 tahun kejuaraan acara regu berpasukan selepas tundukkan Thailand pada aksi final Sukan Sea 2025, Disember lalu.