
SUKAN| Perancis Ke Separuh Akhir Festival Bola Sepak 2026
Perancis hanya selangkah lagi untuk mara ke final Festival Bola Sepak 2026!
Ini selepas pasukan negara itu sahkan tempat ke separuh akhir apabila tewaskan Maghribi 2-0, awal pagi tadi.
Kylian Mbappe buka jaringan buat Perancis pada minit ke-60 sebelum Ousmane Dembele jaringkan gol kedua, 6 minit kemudian.
Mbappe telah menjaringkan 8 gol pada Festival Bola Sepak 2026 setakat ini, menyamai rekod bintang Argentina, Lionel Messi.
Perancis kini menunggu pemenang perlawanan antara Sepanyol dan Belgium untuk menentukan lawan mereka pada separuh akhir.