Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Kontinjen Malaysia Di Sukan Asia

 

 

SUKAN| Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Kontinjen Malaysia Di Sukan Asia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ucap tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas kejayaan raih 9 pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. 

Kejayaan itu menyamai pencapaian terbaik kontinjen negara pada Sukan Asia bagi edisi Guangzhou 2010 di China. 

Sukan Asia Aichi Nagoya melabuhkan tirainya semalam menyaksikan kontinjen Malaysia menutup kempen kali ini dengan kutipan 9 pingat emas, 7 perak dan 16 gangsa. 

Pingat emas berkenaan disumbangkan menerusi acara skuasy, karate, e-sukan, sepak takraw dan berbasikal trek. 

Dalam perkembangan berkaitan, penilaian menyeluruh perlu dilakukan terhadap sukan olahraga, renang, memanah dan menembak yang gagal menyumbang pingat pada Sukan Asia kali ini. 

Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata ia bagi mengenal pasti kelemahan dan memperkemas semula sistem pembangunan sukan berkenaan.

 

 

ERA Muzik Hit Terkini