
SUKAN| Rekod Baik Vietnam Jadi Cabaran Besar Buat Harimau Malaya
Rekod Vietnam yang tidak tewas dalam 23 aksi antarabangsa jadi cabaran besar buat Harimau Malaya pada aksi timbal balik separuh akhir Piala ASEAN, malam ini.
Bagaimanapun pengendali interim, Tan Cheng Hoe mahu barisan pemain percaya dengan kemampuan masing-masing untuk cipta kejutan pada perlawanan itu.
Tambah Cheng Hoe, rekod baik Vietnam itu sepatutnya jadi motivasi buat Harimau Malaya untuk bangkit daripada kekalahan 0-2 kepada Vietnam pada separuh akhir pertama, Ahad lalu.