Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Sabah wakil Borneo pertama muncul juara Piala Cabaran!

Sabah muncul juara Piala Cabaran musim ini! 

 

Pemain sayap Farhan Roslan jaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti selepas terikat dengan Penang menerusi agregat 1-1 hingga hujung perlawanan. 

 

Ia menyaksikan skuad Sang Badak muncul pasukan pertama dari Borneo yang berjaya merangkul Piala Cabaran selepas penantian trofi selama 7 tahun sejak kali terakhir memenangi Liga Premier pada 2019.  

__ 

 

Manchester City berjaya rapatkan jurang dengan pendahulu EPL, Arsenal kepada tiga mata! 

 

Ini selepas skuad kendalian Pep Guardiola tundukkan The Gunners 2-1 pada aksi awal pagi tadi. 

 

Rayan Cherki dan Erling Haaland masing-masing jaringkan gol untuk bantu City memastikan kemenangan. 

 

Kemenangan ke atas Burnley, Khamis ini berpotensi melonjakkan City ke puncak liga dengan berbaki lima perlawanan. 

__ 

 

Dan, Mikel Arteta optimis Arsenal mampu menamatkan kemarau 22 tahun tanpa kejuaraan EPL biarpun tewas 1-2 kepada Manchester City pada aksi awal pagi tadi. 

 

Pengendali The Gunners itu akui anak buahnya berdepan tugas getir namun beliau yakin dengan peningkatan prestasi pasukannya. 

 

Kekalahan di Stadium Etihad itu menyaksikan Arsenal kekal di puncak liga dengan kelebihan tiga mata, namun City mempunyai satu perlawanan dalam tangan. 

ERA Muzik Hit Terkini