Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Sasaran pingat Sukan Komanwel 2026 pada peringkat akhir

Sasaran pingat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel 2026 kini pada peringkat akhir untuk dimuktamadkan sebelum diumumkan dalam masa terdekat. 

 

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata pengumuman rasmi dijangka dibuat beberapa hari sebelum majlis penyerahan bendera kontinjen Malaysia, 16 Julai ini.  

 

Untuk rekod, Malaysia berjaya bawa pulang tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa secara keseluruhan pada edisi 2022.  

 

Sukan Komanwel 2026 dijadual berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos ini. 

__ 

 

Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan beri jaminan isu babitkan Pengarah Teknikal Program Berbasikal Negara, John Beasley akan ditangani secara menyeluruh. 

 

Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi memastikan semua pihak mencapai titik persetujuan. 

 

Terdahulu, Beasley dijangka melepaskan jawatan lebih awal, susulan kekecewaan yang semakin memuncak terhadap beberapa isu dalaman sukan berbasikal negara. 

__ 

 

Dan, Azriyn Ayub Tan-Wee Kiong mara ke pusingan kedua saingan badminton Terbuka Macau! 

 

Beregu lelaki negara yang juga pilihan utama kejohanan itu tundukkan gandingan Indonesia dengan straight set. 

 

ERA Muzik Hit Terkini