Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Selamat Tinggal Portugal – Ronaldo

Cristiano Ronaldo akan meninggalkan skuad kebangsaan Portugal selepas 23 tahun berbakti.

Ini susulan bintang berusia 41 tahun itu mengumumkan hasrat persaraannya itu di media sosial dan akan berkuat kuasa selepas tamat aksi antarabangsa November ini.

Ronaldo mengakhiri perjalanan bersama skuad kebangsaan dengan rekod 234 penampilan dan 146 gol, sekali gus memegang rekod penampilan dan jaringan terbanyak Portugal.

......

Beralih ke bola sepak tempatan, Safawi Rasid menjaringkan dua gol untuk bantu Kucing City belasah Gangwon FC 2-0 pada aksi kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2.

Pemain berusia 29 tahun itu memastikan pasukannya raih 3 mata penting di halaman sendiri.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan The Cats mengumpul empat mata selepas satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

.....

3 wakil negara mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea.

Mereka ialah dua beregu lelaki, Man Wei Chong – Tee Kai Wun dan Chia Wei Jie – Teo Ee Yi serta beregu campuran, Hoo Pang Ron – Lai Pei Jing.

Manakala satu lagi beregu campuran, Chen Tang Jie – Chan Wen Tse dan pemain perseorangan wanita, K. Letshanaa terkandas pada pusingan kedua.

Tonton secara langsung Terbuka Korea bermula 11 pagi ini di ASTRO saluran 815 dan aplikasi Sooka.

.....

Dan skuad hoki lelaki negara menewaskan Korea Selatan 5-2 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Trofi Juara-Juara Asia 2026.

......

Stadium Astro Segalanya Aksi Sukan. Layari stadiumastro.com untuk perkembangan berita sukan terkini!

ERA Muzik Hit Terkini