
SUKAN| Switzerland Menang Pusingan Kalah Mati Selepas 88 Tahun!
Switzerland cipta sejarah buat pertama kalinya memenangi aksi pusingan kalah mati Festival Bola Sepak dalam tempoh 88 tahun!
Ini selepas Switzerland tundukkan Algeria 2-0 untuk mara ke pusingan 16 terbaik.
Switzerland seterusnya akan berdepan Colombia atau Ghana yang akan berentap, awal pagi esok.
Sementara itu, Portugal turut mara ke pusingan 16 terbaik selepas tewaskan Croatia 2-1.
Croatia mendahului perlawanan pada awal babak kedua sebelum Portugal bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Cristiano Ronaldo pada minit ke-68.
Gol kemenangan Portugal kemudiannya dijaringkan oleh Goncalo Ramos pada waktu kecederaan.
Menanti Portugal pada pusingan 16 terbaik minggu depan adalah Sepanyol.