
SUKAN| Tan Cheng Hoe Kekal Positif Menjelang Separuh Akhir Piala ASEAN
Tan Cheng Hoe kekal positif walaupun kehilangan beberapa tonggak Harimau Malaya menjelang separuh akhir pertama Piala ASEAN berdepan Vietnam, Ahad ini.
Pengendali interim itu berkata beliau sebaliknya melihat keadaan itu sebagai peluang kepada pemain muda untuk menunjukkan kemampuan mereka.
Selain isu kecederaan pemain, Harimau Malaya turut kehilangan khidmat Wan Kuzain Wan Kamal yang dipanggil semula oleh kelabnya di Amerika Syarikat.