
SUKAN| Temasya SUKMA Wajar Ditangguhkan – Sultan Selangor
Sultan Selangor berpendapat penganjuran temasya SUKMA di negeri itu yang akan berlangsung Ogos ini wajar ditangguhkan hingga krisis Asia Barat selesai.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa penangguhan itu wajar sehingga pembangunan semula Stadium Shah Alam siap sepenuhnya.
Baginda juga menitahkan agar penganjuran Piala Sultan Selangor bagi perlawanan bola sepak tahunan antara Selangor dan Singapura tahun ini dibatalkan.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Selangor akan teliti secara menyeluruh pandangan termasuk titah Sultan Selangor berhubung cadangan SUKMA perlu diteruskan atau ditangguhkan.
Jelasnya, perkara itu akan dibuat menerusi perbahasan dan pandangan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam sidang DUN kelak.