
Lee Zii Jia sah terlepas Kejohanan Badminton Masters Malaysia bulan depan.
Jurulatih pemain profesional itu, Liew Daren berkata Zii Jia tidak dapat sertai kejohanan itu kerana ranking dunianya yang rendah iaitu di tangga ke-82.
Meskipun rankingnya merosot susulan isu kecederaan jangka panjang, Zii Jia tetap terpilih untuk sertai skuad Piala Thomas minggu depan.
__
Perdana Menteri mahu Kementerian Belia dan Sukan memainkan peranan lebih proaktif dalam usaha mengangkat sepak takraw sebagai sukan warisan negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha memperkasa sukan itu perlu digerakkan secara menyeluruh bagi menyemarakkan minat rakyat, terutama dalam kalangan generasi muda.
Terdahulu, kerajaan umum peruntukan RM3 juta bagi memperkukuh pembangunan dan penganjuran sukan sepak takraw negara.
__
Dan, PSG sahkan tempat ke separuh akhir Liga Juara-Juara!
Ousmane Dembele muncul wira apabila jaringkan dua gol ketika tewaskan Liverpool 2-0 sekali gus memastikan pasukan mara dengan agregat 4-0.
Barcelona turut mara dengan agregat 3-2 biarpun tewas 1-2 pada suku akhir kedua awal pagi tadi.