Skip to main content

Advertisement

General

Jangan Ingat Tak Bayar PTPTN Boleh ‘Lari’? Hati-Hati, Nama Boleh Masuk APH!

Gambar Hiasan

Ramai orang ingat tak bayar PTPTN sekadar ‘hutang tertunggak’ biasa. Hakikatnya, kalau langsung tak buat bayaran dan tak ambil inisiatif untuk berunding, nama anda boleh dihantar ke APH dan daripada situ, kesannya boleh jadi lebih panjang daripada yang disangka.

Advertisement

Secara ringkas, APH (Agensi Perunding Hutang) ialah agensi yang menyimpan dan menguruskan rekod berkaitan hutang atau bayaran kewangan seseorang. Ia berfungsi sebagai ‘fail laporan kewangan’ anda. Bila ada rekod tak bayar pinjaman seperti PTPTN, maklumat itu boleh direkodkan dan digunakan oleh pihak lain terutamanya bank dan institusi kewangan.

Kenapa perkara ini sangat penting?

Gambar Hiasan

Sebab bila nama dah masuk dalam rekod sebegini, ia boleh beri Kesan kepada banyak perkara tanpa kita sedar. Contohnya:

Nak buat loan rumah? Susah lulus

Nak beli kereta? Risiko tinggi ditolak

Nak mohon kad kredit? Bank akan fikir dua kali

Pendek kata, rekod kewangan kita jadi ‘kurang cantik’ di mata institusi kewangan. Tetapi jangan risau kerana bukan tak ada langsung jalan keluar.

Kalau dah lama tak bayar pun, masih belum terlambat. PTPTN sebenarnya ada banyak pilihan seperti boleh buat penstrukturan semula bayaran, runding ikut kemampuan malah kadang-kadang ada diskaun khas.

Yang penting, jangan buat tak tahu kerana lagi lama tunggu, lagi susah nak betulkan keadaan.

APH ni bukan benda remeh. Ia mungkin tak nampak kesannya hari ini, tetapi bila sampai masa nak buat keputusan besar dalam hidup macam beli rumah atau kereta barulah kita terasa.

Lebih baik jaga rekod dari awal daripada menyesal kemudian.

ERA Muzik Hit Terkini