Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Border Pass’ Masuk Ke Thailand Kembali, Hanya Melalui Padang Besar Sahaja

Susulan pembukaan pintu sempadan Padang Besar- Thailand yang bermula hari ini, beberapa kelonggaran telah diberikan 

Pihak kerajaan Thailand mengumumkan kelonggaran termasuk kebenaran untuk menggunakan 'Border Pass' atau Pas Sempadan bagi sempadan Padang Besar- Thailand.

Advertisement

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjasama Sempadan Negeri Perlis, Ruzaini Rais, penggunaan 'Border Pass' hanya untuk individu yang lahir di negeri Perlis, Kedah, Kelantan serta daerah Hulu Perak.

 ‘border pass’ masuk ke thailand kembali, hanya melalui padang besar sahaja

Malah, mereka hanya boleh menggunakan 'Border Pass' maksimum tiga hari dua malam dan perlu memuat naik aplikasi 'Thai Pass'.

Ujian RT-PCR juga tidak perlu dilakukan dan dikecualikan daripada membeli insurans perubatan.

“Maklumat daripada pihak Imigresen dan juga KKM bahawa 'Border Pass' dibenarkan untuk digunakan dimana mereka yang menggunakan 'Border Pass' mendapat beberapa kelonggaran terutama sekali pengembara daripada Malaysia yang hendak ke Thailand.

 ‘border pass’ masuk ke thailand kembali, hanya melalui padang besar sahaja

“Mereka hanya perlu mendaftar dengan Thailand punya aplikasi (Thai Pass), kemudian pihak (berkuasa di) Thailand (akan) memberi (kebenaran) kemasukan selama tiga hari kepada rakyat Malaysia yang menggunakan 'Border Pass'.

Tambahnya, individu yang menggunakan pasport antarabangsa juga mendapat kelonggaran untuk memasuki negara Thailand.

Pengecualian daripada menjalani ujian RT-PCR, pengurangan bayaran pembelian insurans perubatan dan boleh berada di Thailand lebih lama berbanding individu yang menggunakan 'Border Pass'.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini