Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kementerian Kesihatan Larang Jual Air Zam-Zam Di Malaysia, Boleh Kena Denda Dan Penjara Jika Bersalah

Air Zam-Zam adalah salah satu sumber air bawah tanah yang melalui telaga air zam zam, terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah.

kementerian kesihatan larang jual air zam-zam di malaysia, boleh kena denda dan penjara jika bersalah

Advertisement

Telaga air zam-zam ini merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Ia mempunyai kedalaman 30 meter dengan 3.32 meter dalam air.

kementerian kesihatan larang jual air zam-zam di malaysia, boleh kena denda dan penjara jika bersalah

Air yang diberikan secara percuma kepada semua jemaah ini bagaimanapun adalah dilarang sama sekali dijual di Malaysia. Ini adalah kerana air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi (AMS).

kementerian kesihatan larang jual air zam-zam di malaysia, boleh kena denda dan penjara jika bersalah

Penjualan AMS adalah perlu mendapatkan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Bagaimanapun, KKM tidak mengeluarkan lesen bagi penjualan air zam-zam. Justeru, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana individu atau agensi yang didapati menjual air zam-zam ini di Malaysia.

Mereka yang didapati bersalah menjual, mengimport atau mengedarkan air zam-zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.

Sumber: KKM Putrajaya

ERA Muzik Hit Terkini