Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rupanya Lelaki Ini Yang Beli Hampir Kesemua Basikal oBike Sekitar KL

Jika anda perasan, basikal oBike yang pernah diletakkan disekitar bandaraya Kuala Lumpur kini sudah tiada ayau sudahpun berkurangan.

rupanya lelaki ini yang beli hampir kesemua basikal obike sekitar kl

Advertisement

Basikal yang pernah diletakkan bagi memudahkan rakyat untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi ini pernah dilihat terabai dan tidak diselenggara dengan baik. Malah, basikal-basikal ini juga menjadi mangsa vandalisme segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab.

Disebabkan itu, seorang pelabur ekonomi, Muke Than Tun Win telah mengambil peluang untuk membeli basikal-basikal ini bagi memperbaiki kehidupan kanak-kanak di tanah airnya, iaitu Myanmar.

rupanya lelaki ini yang beli hampir kesemua basikal obike sekitar kl

Mike dilaporkan telah membeli lebih 10,000 basikal oBike dari Malaysia dan Singapura bermula awal tahun ini untuk diberikan kepada kanak-kanak di Myanmar.

rupanya lelaki ini yang beli hampir kesemua basikal obike sekitar kl

Katanya, dengan adanya kemudahan basikal ini, pelajar di Myanmar tidak perlu bersusah payah untuk berjalan kaki sejauh 10km atau selama 2 jam untuk ke sekolah.

“Saya akan mempunyai lebih banyak masa untuk belajar dan bermain dengan kawan-kawan,” kata seorang pelajar berumur 11 tahun. Pelajar tersebut berasa senang hati apabila menerima basikal tersebut.”

Sumber: CNA

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini