
Selama ini, jika kita terluka pada kulit, apa yang akan kita lakukan terlebih dahulu? Sama ada lalukan dengan air, atau mungkin dengan meletakkan minyak gamat atau plaster dengan harapan agar luka itu cepat sembuh.
Advertisement
Satu perkongsian di laman Twitter menerusi akaun Dr. Kamarul Ariffin (@dr_chaku) membincangkan mitos-mitos penjagaan luka yang sering kali kita amalkan.
Mitos 1: Lebih dalam luka, lebih sakit.
⚠️MITOS: Lebih dalam luka, lebih sakit.
— Dr. Kamarul Ariffin (@dr_chaku) December 24, 2017
Lebih banyak penderia kesakitan terletak pada lapisan paling kulit paling luar (epidermis). Oleh itu luka dangkal seperti luka tersagat, lazimnya lebih sakit daripada luka tikaman atau luka terbelah.
Mitos 2: Luka wajib dicuci dengan ubat kuning
⚠️MITOS: Luka wajib dicuci dengan ubat kuning setiap hari untuk elak jangkitan.
— Dr. Kamarul Ariffin (@dr_chaku) December 24, 2017
Ubat kuning digunakan untuk basmi kuman luka dan kulit sekeliling, ketika cucian pertama. Cuci seterusnya guna air steril cukup. Cuci luka guna ubat kuning berkala boleh sebabkan sel luka mati.
Mitos 3: Mandi laut cepatkan luka sembuh.
⚠️MITOS: Mandi laut akan percepat luka sembuh.
— Dr. Kamarul Ariffin (@dr_chaku) December 24, 2017
Di hospital, ada luka dicuci dengan air garam(NaCl 0.9%). Tidak bermakna air laut baik untuk pemulihan luka. Air laut ada kuman, dan kepekatan larutan garam dalam air laut yang tinggi akan menyebabkan sakit pada luka.
Mitos 4: Keruping tanda luka sedang pulih
⚠️MITOS: Keruping adalah tanda luka sedang pulih dengan baik.
— Dr. Kamarul Ariffin (@dr_chaku) December 24, 2017
kerupung tanda luka dibiarkan terlalu kering. Keruping melambatkan pertumbuhan sel baru & halang luka sembuh sekata. Untuk elakkan keruping, luka perlu dikekalkan lembap dengan menutupnya dengan dressing yang sesuai
Mitos 5: Jangan tutup luka dengan plaster
⚠️MITOS: Jangan tutup luka dengan plaster. Plaster tempat pembiakan kuman.
— Dr. Kamarul Ariffin (@dr_chaku) December 24, 2017
Plaster halang kuman masuk ke dalam luka, dengan syarat luka dicuci sebelum tampal plaster. Plaster lazimnya dinyahkuman sebelum dibungkus. Setelah pek dibuka, jangan sentuh permukaan dalam plaster.
Mitos 6: Makan telur nanti luka bernanah
⚠️MITOS: Jangan makan telur jika ada luka. Nanti luka bernanah.
— Dr. Kamarul Ariffin (@dr_chaku) December 24, 2017
Tiada masalah jika anda makan telur. Lagipun, proses pemulihan luka memerlukan sumber protin. Apa yang tidak boleh adalah menyapu telur mentah pada luka. Telur mentah adalah medium yang subur untuk kuman membiak
Mitos 7: Letak garam, limau dan lada untuk cepatkan luka sembuh
⚠MITOS: Nak luka cepat sembuh, letak garam, limau dan lada.
— Dr. Kamarul Ariffin (@dr_chaku) December 24, 2017
Gonjol! Nak cuci luka ke nak buat cicah ikan bakar? pic.twitter.com/lraOgWDVoU
Mitos 8: Makan kicap nanti parut luka jadi hitam
⚠️MITOS: Jangan makan kicap jika ada luka. Nanti parut hitam.
— Dr. Kamarul Ariffin (@dr_chaku) December 24, 2017
Parut menjadi hitam kerana keradangan pada luka merangsang sel melanocyte menghasilkan melanin (pigmen pada kulit dan rambut). Jangkitan pada luka Bukan kerana kicap.
Dr. Kamarul juga sempat menjawab beberapa soalan dilaman Twitter beliau, antaranya;




Sumber: Twitter Dr. Kamarul