Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Telinga Keluar Air Tanda Gegendang Dah Bocor, Jangan Risau Ia Boleh Ditampal Semula

Ketika anda sedang mengalami selsema, pernahkah anda mendapati telinga anda juga mengeluarkan cecair?

Jika ya, besar kemungkinan gegendang telinga anda telah pecah.

Advertisement

telinga berair masa selsema tanda gegendang dah bocor, jangan risau ia boleh ditampal semula

Ada dua tanda yang mungkin menunjukkan gegendang telinga anda telah bocor, iaitu:

1. Kerap mengeluarkan cecair dari telinga tidak tentu masa.

2. Mudah berair telinga terutama apabila selsema dan alami sakit tekak.

Pesakit akan mengalami keadaan dimana pendengaran sedikit terganggu dan merasa sakit pada bahagian dalam telinga. Namun jangan risau kerana gegendang telinga yang bocor boleh ditampal semula bergantung kepada beberapa keadaan.

telinga berair masa selsema tanda gegendang dah bocor, jangan risau ia boleh ditampal semula

1. Tempoh masa telinga tengah kering. Lebih lama lebih baik. Sekurang-kurangnya tiga bulan ia tidak berair sudah boleh dilakukan pembedahan yang kita panggil sebagai ‘myringoplasty’

2. Usia pesakit. Lebih kecil usia pesakit maka lebih tinggi kebarangkalian ia untuk tertutup semula dan tidak perlu kepada pembedahan.

3. Saiz lubang dan kebocoran. Lebih kecil saiz kebocoran pada gegendang telinga, maka lebih mudah dan cepat untuk ia tertutup semula. Jika terlalu besar, pembedahan perlu dilakukan.

Pembedahan yang dikenali sebagai 'myringoplasty’ ini bagaimanapun tidak menjanjikan pendengaran akan pulih seratus peratus, sebaliknya ia akan dapat mengurangkan risiko jangkitan pada bahagian telinga.

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini