Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Taz Skylar Lebih Pilih Nasi Kerabu Berbanding Nasi Lemak Buat Netizen Terhibur - “Lesgoo Abe Sanji Kitooo..”

Foto: Tangkap layar Instagram

Pelakon yang memegang watak Sanji dalam siri One Piece, Taz Skylar mencetuskan reaksi lucu dalam kalangan netizen selepas menyatakan bahawa dia lebih tertarik dengan nasi kerabu berbanding nasi lemak jika wataknya itu membuka restoran di Malaysia.

Advertisement

Perkara itu dikongsikan ketika dia ditemu bual oleh pengacara Daniel Cheang yang meminta Taz memilih hidangan tempatan yang sesuai dijual sekiranya restoran Sanji benar-benar wujud di negara ini.

Selepas mendengar penerangan mengenai nasi kerabu, pelakon tersebut kelihatan teruja dengan hidangan tradisional dari Pantai Timur itu yang terkenal dengan nasi berwarna biru, dihidangkan bersama pelbagai ulam segar serta kelapa parut berempah.

"Oh tuhan, bila dengar ada kelapa, nasi berwarna biru.. saya mahu," katanya sambil ketawa selepas mendengar penerangan ringkas mengenai hidangan tersebut.

Rasa ingin tahunya kemudian membuatkan Taz bertanya bagaimana nasi itu boleh mempunyai warna biru yang begitu unik.

 

 

Daniel menjelaskan bahawa warna tersebut terhasil daripada penggunaan bunga telang atau blue pea flower yang memang digunakan secara tradisional dalam penyediaan nasi kerabu.

Taz dilihat semakin kagum selepas mengetahui hidangan itu merupakan makanan warisan tempatan yang telah lama menjadi kegemaran ramai.

"Adakah ini makanan baharu atau tradisional?

"Oh iya? jadi saya pilih yang itu. Ada tak orang nak masakkan untuk saya bila saya ke sana," ujarnya berseloroh.

Di ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan reaksi spontan pelakon itu yang memilih nasi kerabu sebagai hidangan pilihannya.

Ada juga yang berseloroh kononnya Sanji patut belajar memasak nasi kerabu jika benar-benar membuka restoran di Malaysia suatu hari nanti.

"Kasi Sanji masak nasi kerabu.

"Dalam OP dia panggil Rice to Wednesday, Sanji. nanti suruh dia masak atas kapal bagi Mat Luffy rasa.

"Semua akan Kelantan di penghujungnya.

"I'm coming for the Taz Skylar nasi kerabu.

"Taz restaurant be like ‘All Blue’, get it?

"Lesgoo abe Sanji kitoo.

"Sanji kalau jadi Kelantan akan panggil Sanjey ko?

"Nasi Kerabu on top," tulis netizen.

Sumber: Instagram @danielcheang

ERA Muzik Hit Terkini