
Foto: Detik.com
Seorang wanita dari Garut, Jawa Barat mencuri perhatian orang ramai selepas menerima mas kahwin yang tidak biasa, iaitu sebuah kebun kelapa sawit.
Advertisement
Wilky Windya, 25, selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Redho Abdul Mufli, dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung baru-baru ini.
Apa yang menarik perhatian ialah bentuk mas kahwin yang diberikan bukan sekadar barang yang lazimnya diberikan ketika majlis perkahwinan pada umumnya. Selain kelengkapan solat dan sebuah motosikal, pasangan ini turut menjadikan kebun sawit seluas 2.5 hektar sebagai simbol perkahwinan mereka.
Wilky berkongsi bahawa hubungan mereka sebelum ini melalui pelbagai dugaan sehingga dia pernah memilih untuk tidak lagi berhubung dengan Redho selepas beberapa kali berdepan kekecewaan.

Foto: Detik.com
Namun begitu, usaha berterusan Redho untuk mendapatkan semula kepercayaannya akhirnya berhasil.
Pemberian kebun sawit itu dilihat sebagai bukti kesungguhan dan komitmen lelaki tersebut, sekali gus membuka semula ruang untuk hubungan mereka diteruskan ke alam rumah tangga.
Perkongsian mengenai majlis tersebut kemudian tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Ramai yang mengucapkan tahniah serta mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia.
Sumber: Babel Insight