Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dua Vokal Hebat Negara, Jaclyn Victor dan Vanessa Reynauld Sertai Singer 2026 (Edisi Malaysia)

Astro mengumumkan barisan enam penyanyi utama yang akan mewarnai pertandingan muzik terbaharu di Malaysia menerusi Singer 2026 – Malaysia, sekali gus membuka satu fasa baharu dalam persaingan industri hiburan tanah air.

Dua nama besar yang menjadi tumpuan ialah Jaclyn Victor dan Vanessa Reynauld yang dipilih sebagai peserta, menjadikan mereka antara pencabar yang dijangka memberi saingan sengit di pentas pertandingan tersebut.

Advertisement

Kehadiran mereka turut mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat kerana masing-masing mempunyai kekuatan vokal yang tersendiri dan berpengalaman dalam industri muzik.

Program ini turut mendapat sokongan Lausanjee sebagai penaja utama serta Mah Sing sebagai penaja rasmi, yang membantu mengukuhkan lagi impak dan tarikan rancangan tersebut sebelum ia disiarkan.

Walaupun masih belum ditayangkan di kaca televisyen, Singer 2026 – Malaysia sudah pun menjadi topik hangat di platform media sosial, dengan ramai mula membuat pelbagai spekulasi mengenai barisan peserta.

Perbincangan tentang “siapa penyanyi utama” juga terus menjadi persoalan utama dalam kalangan peminat muzik tempatan.

Bagi mengeratkan lagi hubungan dengan peminat, satu acara pelancaran telah diadakan di Pavilion Kuala Lumpur yang menampilkan suasana interaktif bersama penggiat seni dan peminat muzik.

Acara tersebut menandakan permulaan rasmi perjalanan pertandingan ini yang bakal menyaksikan persaingan sengit antara penyanyi tanah air di pentas berprestij.

ERA Muzik Hit Terkini