Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Family Goals! Deepika Padukone & Ranveer Singh Umum Kehamilan Kedua

Foto: Instagram

Pasangan selebriti Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh mengumumkan secara rasmi bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua menerusi satu perkongsian di media sosial pada pagi Ahad, 19 April 2026.

Advertisement

Pengumuman itu dibuat menerusi akaun Instagram masing-masing, sekali gus menandakan fasa baharu dalam kehidupan keluarga mereka selepas kelahiran anak pertama sebelum ini.

Apa yang mencuri perhatian ramai ialah cara pengumuman tersebut disampaikan, apabila mereka memuat naik gambar anak sulung mereka, Dua Singh Padukone, yang memegang alat ujian kehamilan sebagai simbolik kepada kehadiran ahli keluarga baharu.

 

 

 

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada November 2018 dan dikurniakan anak pertama pada September 2024.

Perkongsian tersebut segera menjadi tular dan menerima pelbagai ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta peminat.

Pengumuman ini hadir selepas pasangan berkenaan sebelum ini pernah menarik perhatian umum apabila pertama kali memperlihatkan wajah anak mereka ketika sambutan Diwali.

Walaupun sering menjaga privasi keluarga, kali ini mereka memilih untuk berkongsi khabar gembira tersebut secara terbuka kepada peminat di platform media sosial.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini